Azwan Ali mohon maaf secara terbuka, janji padam kata-kata kesat di laman sosial seperti tuntutan yang dikemukan Vida

0

Kemelut pergaduhan antara usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Sri Vida dengan selebriti kontroversi, Azwan Ali nampaknya semakin membara.

Berhubung dengan kata-kata kesat dan makian yang dilemparkan oleh Azwan Ali, Dato’ Sri Vida telah membuat satu kenyataan rasmi yang menyatakan beliau akan mengambil tindakan saman malu terhadap Azwan Ali.

Vida memberitahu, Azwan Ali diberi tempoh 48 jam mulai hari ini untuk membuat permohonan maaf selepas menyebarkan kata-kata kebencian selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Vida turut memuat naik video ketika sidang media itu berlangsung di laman IGTV miliknya.

View this post on Instagram

Ikutkan hati, Tak mau pun sy buka kes ini Banyak hal lain yg lebih BERFAEDAH Tapi apabila melibatkan ARWAH 2 ANAK SY . TIDAKKAH KAU PUNYA HATI PERUT?? 😰😭😭 Yg dikatakan RENTUNG HANGUS PADAHAL.. ANAK SAYA TAK RENTUNG PUTIH.. Berpelukan BRRTUBI-tubi UPATE STATUS . Tudung dibakar.. PerfUme @perfumedsv_hq kau tak rasa Habis modal juta2 Bakar pulak kat sampah.. Sambil makian hamun dgn PERKATAAN . 48 JAM MASA BERJALAN sebelum KES SAMAN . Syg yg nk support sy @perfumedsv_hq Dan nk tahu bgaimanakah WANGINYA PERFUME YG SY AMBIL INSPIRASI DARIPADA OUDS PULUH RIBU SY GABUNGKAN, Untuk LELAKI DAN WANITA . . WASAP IQBAL : 013-679 3446 ✅ Atau DM @ahmadiqbalzulkefli . JIMAT RM400 iaitu dgn RM150 dapat 3 botol FREE GIFT PULAK DPT.. Brooch BERNILAI 168 ringgit ,, Tapi sy bole bagi 20 set jer.. Sape cepat buat pembayaran Dia dpt So wasap Iqbal : 013-679 3446 ✅ . Credit video : @ahmadiqbalzulkefli

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

“Ikutkan hati, tak mau pun sy buka kes ini, banyak hal lain yg lebih BERFAEDAH, tapi apabila melibatkan ARWAH 2 ANAK SY.
TIDAKKAH KAU PUNYA HATI PERUT??😰😭😭 Yg dikatakan RENTUNG HANGUS
PADAHAL.. ANAK SAYA TAK RENTUNG PUTIH.. Berpelukan, BERTUBI-tubi UPDATE STATUS” tulis beliau bersama video berkenaan.

Vida turut meluahkan rasa terkilannya apabila Azwan Ali bertindak menghina kematian anak kembarnya yang tidak bersalah dalam permasalahan yang berlaku sehingga membakar tudung dan minyak wangi pemberiannya disusuli dengan pelbagai makian oleh selebriti berkenaan.

Permasalah ini berlaku ekoran Azwan tidak berpuas hati soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah acara dianjurkan Vida di Shah Alam dan Johor Bahru, baru-baru ini.

Menjelaskan perkara terbabit, Vida menjelaskan Azwan sebenarnya tidak diundang sebagai artis jemputan malah hanya hadir atas kapasiti peribadi saja.

Terkini, susulan tuntutan saman yang dikemukan Vida, akhirnya Azwan Ali bersetuju untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku dengan memohon maaf secara terbuka di atas keterlanjuran kata-kata makian yang dihamburkan terhadap Vida dan anak-anaknya.

Azwan turut berjanji akan memadam segala kata-kata kesat yang dikongsi melalui laman Twitter miliknya seperti yang terkandung di dalam tuntutan yang dikemukan oleh Vida. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply