Azmin akan mempengerusikan mesyuarat kabinet jika PM tiada

0

Kesemua empat menteri kanan mempunyai kedudukan sama, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, jelas Tan Sri Muhyiddin, ketika ketiadaannya, kabinet akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Azmin Ali.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusi mesyuarat kabinet yang pertama di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Seramai 31 menteri yang dilantik mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimulai sekitar jam 9.00 pagi. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply