Ayuh baca dan fahami tentang kemurungan atau depresi

0

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. la berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Penyebab atau Punca Kemurungan :

Perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)

Baka keturunan : seseorang yang mempunyai keluarga yang pernah menghidapinya

Persekitaran : peristiwa hidup dan kekurangan sokongan keluarga sosial

Ubat-ubatan : sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan episod kemurungan. Walaubagaimanapun, ia akan beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan

Penyakit-penyakit lain : Seseorang penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm boleh menyebabkan kemurungan

Corak pemikiran : terdapat corak tertentu dalam pemikiran yang boleh mencetus kemurungan. Ini termasuklah bagaimana persepsi kita kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.

Stressor : stressor (punca stres) juga berupaya mencetuskan episod kemurungan sekiranya tidak dikawal. Peristiwa lain yang boleh mencetuskan kemurungan termasuklah penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius/ tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut.

Kehilangan orang yang disayangi, dan baru melahirkan anak

Tanda-tanda dan gejala kemurungan :

  • Kesedihan atau kekosongan” perasaan yang berpanjangan
  • Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
  • Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
  • Perasaan pesimistik dan mudah putus asa Perasaan bersalah
  • Rasa diri tidak berguna
  • Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
  • Hilang selera makan dan penurunan berat badan • “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Kurang daya tumpuan dan ingatan
  • Sukar membuat keputusan
  • Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman
  • Kurang nafsu seksual
  • Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
  • Mudah cemas atau fobia

Siapa yang berisiko?

  • Pernah mengalami kemurungan pada masa lepas Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kemurungan
  • Menghidap penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
  • Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba 
  • Perceraian
  • Masalah rumahtangga
  • Masalah keluarga
  • Penyalahgunaan dadah dan arak
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Mangsa penderaan
  • Tekanan di tempat kerja
  • Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak Kecenderungan mudah risau atau bimbang Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
  • Krisis ekonomi

Kesan Sampingan :

  • Mulut kering : minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang gula, bersihkan gigi setiap hari
  • Sembelit : makan bijirin, buah prune,buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Masalah pundi kencing
  • Masalah seksual
  • Penglihatan yang kabur
  • Pening

Pencegahan :

  • Ketahui penyakit anda
  • Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan Bertenang dan sentiasa bersikap positif
  • Rancang kewangan anda
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Menyertai aktiviti yang akan membuat kita rasa gembira. Contohnya bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan

Rawatan :

  • Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
  • Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  • Psikoterapi
  • Kaunseling

Apa yang perlu dibuat jika anda mengalami kemurungan?

  • Berjumpa dengan doktor di Hospital/Klinik Kesihatan yang terdekat
  • Berjumpa dengan kaunselor
  • Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa Rehatkan diri dari perkara rutin
  • Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
  • Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan
  • Dekatkan diri kepada tuhan

Salah faham tentang kemurungan :

  • lanya tidak boleh dirawat
  • lanya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya
  • lanya sesuatu yang memalukan
  • lanya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply