Ayu Ting Ting tolak siaran langsung majlis kahwin

0

Penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting tidak akan menerima tawaran mengadakan siaran langsung di hari perkahwinannya, lapor Suara.com.

Menurut Ayu, dia menganggap majlis perkahwinan adalah satu acara peribadi yang tidak perlu dipertontonkan kepada masyarakat.

“Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri berkenaan hal ini namun bagi saya, mungkin tidak akan terima tawaran membuat siaran langsung di hari perkahwinan.

“Majlis perkahwinan itu sesuatu yang suci bagi saya dan perlu dibuat secara tertutup serta dihadiri mereka yang disayangi sahaja. Tidak perlu dijadikan sebuah persembahan awam,” tegasnya.

Tambahnya, jika mahu dirakam lebih awal dan disiarkan kemudian maka cadangan itu kedengaran lebih praktikal.

Ayu yang pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 2013 sebelum bercerai pada 2014 ditanya soal siaran langsung perkahwinan selepas beberapa kritikan timbul berkenaan majlis melamar selebriti YouTube, Atta Halilintar dan anak Kris Dayanti, Aurel Hermansyah yang disiarkan di saluran televisyen tempatan baru-baru ini. – Agensi

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply