Awas, sindiket penipuan bayaran SST

0

Awas dengan sindiket penipuan bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sindiket penipuan ini dikesan bergerak aktif menggunakan surat palsu tertera nama dan logo LHDNM untuk mempedaya orang ramai membuat pembayaran tertunggak SST.

LHDNM dalam satu kenyataan hari ini berkata sebarang pembayaran cukai hendaklah dibuat terus melalui akaun LHDNM dan bukannya daripada akaun agensi lain.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, email mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan LHDNM terlebih dahulu.

Kenyataan Media LHDNMAWAS SINDIKET PENIPUAN BAYARAN CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (SST) MENGGUNAKAN NAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)11 Julai 2020

Posted by Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia on Friday, 10 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply