Awas ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hari ini

0

Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 4 petang, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka bakal melanda satu atau dua tempat di Perlis, Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Situasi serupa turut diramal berlaku di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Hulu Perak di negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan selain di Besut, Setiu serta Hulu Terengganu di Terengganu.

Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Kuantan di Pahang selain di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru di Johor.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

“Situasi sama turut dijangka berlaku di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply