Awas, pil gemukkan badan mengandungi steroid!

0

Cuba lakukan carian ‘ubat gemuk’ di laman media sosial Facebook, anda akan menemui banyak promosi produk pil berwarna oren dan kuning ini.

Hati hati, produk ini bukan vitamin ya!

Menurut laman media Public Health Malaysia, pil ini mengandungi ‘dexamethasone’ iaitu sejenis steroid.

Jika anda makan steroid sudah tentu berat badan akan meningkat malah muka juga akan menjadi bulat seperti bulan.

Tetapi pengambilan steroid tanpa kawalan menyebabkan lebih banyak komplikasi menakutkan.

Muka yang bersih akan mula naik jerawat. Bulu badan juga akan naik lebih banyak.

Selain itu metabolisma tubuh akan terganggu. Tekanan darah akan meningkat dan bacaan gula dalam darah juga meningkat.

Jika anda masih menggunakan dan menjual produk ini, mohon berhenti segera!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply