Awas! Fake Veneer memudaratkan

0

Semua orang pasti menginginkan gigi yang putih, tersusun cantik.

Tawaran rawatan ‘fake veneer’ kini sangat berleluasa dan trending di kalangan pengguna yang mahukan gigi mereka cantik secara mudah dan murah berbanding melakukannya di klinik pergigian yang diiktiraf.

Disebabkan permintaan di kalangan masyarakat tinggi, maka tawaran melakukan rawatan ‘fake veneer’ juga dilihat terbuka dan membimbangkan.

Tambahan, keberanian pengusaha yang ‘overclaimed’ telah berjaya menambat hati pengguna tanpa berfikir panjang akibat dan kesan di kemudian hari.

Selain itu, taktik peniaga yang memanipulasi gambar rawatan veneer original yang telah siap di edit bertujuan mempromosi perniagaan mereka juga menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh.

Malah ada juga peniaga yang mengambil dan mencuri foto proses vaneer sebelum dan selepas rawatan melalui media sosial doktor gigi bertauliah dan kononnya membuktikan itu hasil kerja mereka.

Walaupun harga tawaran rawatan ‘fake veneer’ lebih murah tetapi hasil kerjanya tidak sama seperti yang dilakukan oleh doktor gigi di klinik swasta kerana mereka secara total menggunakan teknik salah ketika melakukan rawatan terbabit.

Kerana itu ia antara faktor utama berlakunya kompilasi dan kemudaratan masalah gigi kepada individu yang menggunakan khidmat mereka hanya kerana terpengaruh melalui promosi yang ditawarkan.

Di sebalik kecantikan gigi yang tersusun rapi dan putih, menyumbang kepada berlakunya kompilasi, antaranya gusi bengkak, sakit gigi, gusi bernanah dan gigi bergoyang.

Dr Jenizan Nordin yang kini bertugas di Bangsar Urban Smile Dental Clinic turut berkongsi gambar gigi yang telah melakukan rawatan ‘fake veneer’ di laman Facebooknya.

Fake Veneer Hasrat di hati nak gigi cantik, tapi budget kecil, bila tanya kat klinik, mereka rasa harga klinik macam…

Dikirim oleh Jenizan Nordin pada Selasa, 11 Februari 2020

Menurut beliau, setelah semua ‘fake veneer’ dibuang, jelas kelihatan kesan pada lapisan enamel gigi menjadi rosak dan kasar.

Adakah anda mahu gigi anda kelihatan seperti ini?

Para pengguna disarankan jangan terjebak dengan tawaran promosi ‘fake veneer’ kerana bimbang akan berlaku komplikasi di kemudian hari.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply