Awas! Alat Solekan bahaya pada kanak-kanak

0

Perempuan secara lumrahnya suka berhias cantik. Tabiat ini tidak terkecuali kepada kanak-kanak khususnya anak perempuan.

Kanak-kanak perempuan memang suka pada kecantikan malah terikut-ikut gaya dan tindak tanduk si ibu.

Alat solekan si ibu pasti akan menjadi milik mereka juga, namun perlu anda ketahui alat solek bukanlah untuk kanak-kanak.

Tanpa disedari alat solek boleh menjejaskan tahap kesihatan anak anda. Ini kerana kanak-kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.

Sekiranya alat solekan mengandungi merkuri, ia berisiko menjejaskan pertumbuhan otak serta merosakkan kulit anak.

Walaupun alat solek selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak.

Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu…

Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 27 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply