Avengers dan Ultraman bakal bergabung dalam projek filem terbaru terbitan Marvel Entertainment

0

Menerusi entri laman Twitter Marvel Entertaiment mengumumkan pihaknya akan berkerjasama projek filem terbarunya dengan Tsuburaya Productions pada tahun 2020.

Tsuburaya Productions, sebuah syarikat penerbitan dari negara Jepun yang popular sejak era 1960 dengan drama generasi superhero terkenal, Ultraman.

Bermula tahun hadapan, Marvel Entertainment akan memperluaskan era ikonik Ultraman melalui lensa seni Marvel yang akan dilancarkan di Tokyo Comic Con.

Kerjasama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak itu akan membawa jalan penceritaan baru dengan menghasilkan watak Ultraman kepada komik dan novel grafik.

Para peminat filem superhero terbitan Marvel Entertainment pasti arif dan tahu kewujudan watak superhero seperti Iron Man, Captain America, Spiderman, Black Panther, Doctor Strange, Thor dan banyak lagi antara superhero yang sering dinantikan oleh penonton seluruh dunia yang gah bertahan lebih 50 tahun.

Dengan pengumuman ini, pasti para peminat kumpulan superhero Avengers dan Ultraman teruja dan tidak sabar untuk menonton filem terbaru yang bakal ditayangkan nanti.

Leave a Reply