ATM berjaya tumpaskan penyeludupan barangan terkawal, binaan jambatan di sempadan Sarawak Kalimantan

0

Aktiviti penyeludupan barangan terkawal dan pembinaan jambatan kayu berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sempadan Sarawak Kalimantan.

Melalui kenyataan media Markas Divisyen Pertama Infantri, pihak terbabit berkata melalui pasukan Rejimen keempat Kor Armor Diraja yang kini sedang beroperasi mengawal sempadan Malaysia-Kalimantan Barat.

ATM juga telah berjaya menghalang aktiviti jenayah rentas sempadan dan pembinaan jambatan kayu sebagai laluan keluar masuk sewaktu anggota pasukan tersebut membuat rondaan keselamatan Kawasan Ladang Empaling, Kg Stass, Sarawak.

Jarak kawasan dianggarkan lebih kurang 50meter dari Sempadan Malaysia, Indonesia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4029065307164801&id=468681313203236&sfnsn=mo

Kumpulan anggota yang diketuai oleh Mejar Ahmad Fazrin Mohd Jelas yang telah membuat rondaan di kawasan berkenaan pada 28 Jun 2020 (Ahad) jam 11.00 pagi sebelum terdengar bunyi jentera di kawasan berhampiran.

Melalui pemerhatian didapati sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda, empat buah lori dan 10 orang dipercayai milik PATI sedang memunggah barang runcit seperti telur, sayur dan baja di lorong tikus tersebut.

Semasa kejadian , sebuah Jengkaut jenis Hitachi sedang membuat jalan di lorong tikus tersebut, seterusnya serbuan dilaksanakan dan mengakibatkan kesemua PATI bertempiaran lari kembali ke Sempadan lndonesia.

Kesemua barangan dan kenderaan juga turut ditahan dan dirampas.

Hasil rampasan dianggarkan bernilai hampir RM400,000 dan merangkumi empat buah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah jengkaut, barangan terkawal seperti telur, sayuran, baja dan kayu lapis.

Seorang warga tempatan yang juga merupakan tuan tanah dipercayai turut bersubahat selaku Tekong Darat dengan membenarkan aktiviti jenayah rentas sempadan dijalankan turut ditahan dan dibawa ke Balai Polis IPD Bau bagi tujuan siasatan lanjut.

Melihat kepada perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 dan ancaman jenayah rentas sempadan, penyeludupan di Sarawak dan Kalimantan, pihak Tentera Darat melalui formasi 1 Divisyen dan pasukan dibawah naungan senantiasa berwaspada dan meningkatkan lagi kawalan keselamatan dalam menangani sebarang kejadian yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply