Atlet sukan Sea acara kickboxing negara akur tewas kepada peserta Filipina dan Vietnam

0

Dua atlet kickboxing negara terpaksa akur hanya berjaya memperolehi pingat perak pada Sukan Sea yang berlangsung di Manila, Filipina.

Atlet kickboxing negara, Mohammed Mahmoud yang bertanding dalam kategori bawah 63.5kg low kick terpaksa menerima kekalahan 0-3 dengan peserta tuan rumah, Jean Claude Saclag.

Skuad negara turut meraih perak bagi kategori bawah 57 kg full contact menerusi atlet, Awangku Rahman Awang Marajaya.

Dia terpaksa akur apabila tewas kepada peserta Vietnam, Nguyen Xuan Phuong 0-3 0 pada aksi final.

Mohammed Mahmoud menyatakan permohonan maaf susulan kegagalannya dan mengakui peninju tuan rumah beraksi lebih baik.

“Saya sudah cuba yang terbaik tapi lawan saya lebih berpengalaman. Ini kali pertama saya beraksi dalam kickboxing dan saya sebenarnya lahir daripada muaythai.

“Memang agak sukar namun saya bersyukur dapat mara hingga ke final.

“Jika dua tahun lagi di Vietnam, saya masih diberi peluang untuk mewakili Malaysia dalam sukan ini, saya percaya akan lebih bersedia dan mahu menebus kekalahan hari ini,” katanya.

Seorang lagi atlet yang mewakili negara, Iffat Mat Ripen sekadar meraih gangsa bagi kategori bawah 60 kg low kick.

Leave a Reply