Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menempelak kenyataan Ketua Pemuda PKR yang menuduh kekecohan dan pergaduhan pada mesyuarat AMK ada kaitan dengan Pemuda Umno

0

Ketua Pemuda Umno Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menempelak kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir yang menuduh kononnya kekecohan dan pergaduhan pada mesyuarat AMK itu mempunyai kaitan dengan Pemuda UMNO.

“Kamu yang bergaduh, bertumbuk dan bergusti sehingga berdarah dan berjahit sama sendiri, kami pula dituduhnya. Maaf ya kami Pemuda UMNO pun sibuk dengan Perhimpunan Agong kami dan tiada masa nak layan kamu”, tulisnya di facebook.

Justeru beliau sekali lagi mengulangi pelawaan sebelum ini untuk menawarkan khidmat rundingan percuma.

“Saya ulangi pelawaan sebelum ini, Pemuda Umno boleh tawarkan khidmat rundingan percuma bagaimana hendak mengendalikan mesyuarat secara harmoni walau dalam suasana kepelbagaian pendapat dan pandangan”.

Kongres AMK di Melaka Jumaat lalu dicemari pergaduhan sehingga menyebabkan dua orang cedera.

Polis menahan dua individu bagi kes itu yang kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Kekecohan berlaku pada kongres AMK semalam selepas beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan sekumpulan pemuda berbaju hitam dikatakan hadir sebagai pemerhati dibenarkan masuk.

 

 

Leave a Reply