Ashira positif Covid-19

0

Penyanyi tempatan, Ashira Aziz mengesahkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19.

Berita itu disampaikan menerusi hantaran di Instagram peribadinya sebentar tadi.

“Salam semua. Saya positive. Duk (duduk) diam-diam pun kena.

“Doakan saya diberi kesembuhan. Doakan Bad (suami), anak saya dan anak buah saya tidak dijangkiti. Terima kasih,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Sharifah Nur Ashira Binti Syed Abdul Aziz ini tidak menyatakan sama ada dirinya menjalani kuarantin di rumah atau pusat kuarantin.

Untuk rekod, Ashira, 37 tahun, memulakan kerjaya muzik pada 1999.

Bernaung dibawah Syarikat BMG Music Malaysia, dia terkenal dengan lagu balada berjudul “Di Ombak Resah”.

Pada 2020, dia menjadi salah seorang daripada 14 peserta rancangan hiburan televisyen Gegar Vaganza musim ketujuh dan memenangi tempat ketujuh.

Menyelusuri perjalanan kariernya, ia tidaklah seindah yang disangka. Ashira merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2015.

Beliau pernah mendedahkan kepada media bahawa dirinya kehilangan sumber pendapatan kerana kelab malam terpaksa ditutup demi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19.

Demi mencari wang, Ashira menyara kehidupan dengan menjual laksa dan menjalankan perniagaan dalam talian, namun menemui jalan buntu. Dia juga pernah membuat siaran secara langsung di aplikasi Bigo bagi membayar bil elektrik dan air.

Menurutnya, selepas menerima berita layak menyertai Gegar Vaganza 7, dia telah diusir keluar dari rumah sewanya kerana tidak membayar sewa RM1,000 selama 6 bulan.

Dia terpaksa menumpang di rumah kakaknya manakala anaknya tinggal di rumah seorang lagi kakaknya.

Ashira kemudiannya bertemu jodoh dan berkahwin dengan ahli kumpulan Indigo, Bad pada 11 Mac 2021.

Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat mereka di mana hubungan cinta terjalin ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza 7.

Kami warga kerja The Malaya Post mendoakan agar Ashira segera sembuh dan dipermudahkan urusan serta bahagia di samping suami tercinta. –THE MALAYA

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c
/themalayapost

 

Leave a Reply