AS catat lebih 277,000 kes harian COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam

0

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi semalam dengan jumlah lebih 277,000 jangkitan.

AS antara negara paling teruk dilanda wabak ini, telah mencatatkan 20.4 juta kes secara keseluruhan dan kira-kira 350,000 kematian.

Jangkitan wabak pandemik ini meningkat dalam beberapa bulan terakhir.

Saintis AS, Anthony Fauci memberi peringatan beberapa hari selepas sambutan Krismas wabak terburuk mungkin akan berlaku yang mendorong negara ini berada pada titik kritikal ketika musim percutian.

AS telah gagal dalam usaha memerangi wabak COVID-19 ditambah dengan masalah logistik dalam melaksanakan program vaksinasi.

Lebih daripada 4.2 juta warga AS telah menerima suntikan vaksin, dengan 13 juta dos telah diedarkan jauh dari sasaran 20 juta inokulasi yang dijanjikan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump pada akhir tahun 2020.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply