Artis Korea, Han Byul juara Big Stage Musim Kedua

0

Artis Korea, Han Byul dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage, Dominasi BBNU musim kedua yang bersiaran langsung di saluran Astro Ria.

Han Byul artis dari Korea yang mempunyai markah tertinggi sebanyak 70.33% sekaligus diangkat sebagai juara dan menerima hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Star, telefon bimbit Vivo V17 Pro berserta trofi Big Stage.

Naib juara dimenangi oleh Neeta dengan markah 68.66% dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi Big Stage.

Tempat ketiga dan keempat dimiliki oleh Adzrin dan Irfan Haris dan masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM10,000 beserta trofi Big Stage.

Manakala peserta dari Indonesia, Dinda Permata sekadar ditempat kelima, menerima RM5,000 dan trofi Big Stage.

Big Stage finale menampilkan Misha Omar sebagai juri jemputan bersama dua juri tetap Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Hos rancangan yang bersiaran langsung selama lapan minggu di kaca televisyen dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad ditaja oleh Vivi dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh sebagai penganjur bersama.

 

 

 

Leave a Reply