Artis 80-an ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

0

Disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan sejak Ogos tahun lalu seorang artis lelaki tahun 80-an yang juga bapa kepada penyanyi wanita terkenal ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang pada 21 Julai lalu.

“Kejadian pertama berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima.

“Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun,” katanya.

ACP Abd Khalid berkata, dua lagi kejadian amang seksual fizikal dilakukan suspek terhadap mangsa yang masih bersekolah di Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Puchong itu berlaku pada Oktober dan November 2020.

“Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah suspek di Puchong. Perkara itu (amang seksual fizikal) sekali lagi berlaku pada Januari lalu. Disebabkan takut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini,” katanya.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya menahan suspek terbabit di perkarangan Balai Polis USJ 8, di sini, jam 11.00 malam pada 21 Julai lalu.

“Bagaimanapun, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply