Arjun Rampal giat kumpul dana bantu golongan sasar

0

Jangkitan wabak COVID-19 telah menggemparkan seluruh dunia.

Banyak nyawa terkorban dan jutaan mangsa positif sedang bertarung melawan virus pandemik ini.

Kesannya, ia bukan sekadar menyaksikan kehilangan banyak nyawa malah ramai turut kehilangan pekerjaan dek kerana sektor ekonomi terpaksa dihentikan operasi.

Di India, tahap kemiskinan rakyat yang ketara ditambah pula dengan penyebaran virus ini menjadikan keadaan bertambah sukar.

Memahami keadaan ini, selebriti terkenal seorang pelakon dan model, Arjun Rampal pula tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi laman media sosial Instagramnya @rampal72, aktor kacak ini menyatakan penglibatannya sebagai sukarelawan sebuah pertubuhan yang diberi nama Go Dhamic.

Menurutnya, tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu keluarga miskin dan pekerja yang berhijrah yang telah kehilangan pekerjaan kesan dari wabak ini.

Arjun turut menyeru orang ramai agar turut sama memberi bantuan dengan cara menyumbang kepada tabung pertubuhan ini, bagi membantu menyediakan keperluan kepada golongan sasar.

Arjun turut menzahirkan perasaan terharu kerana masyarakat dunia bersatu hati, sama-sama seperti sebuah keluarga berusaha memberi bantuan yang diperlukan.

Semoga usaha murninya dipermudahkan dan mendapat sokongan ramai.

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#StrongerTogether
#kitaJagaKita
#kitaTolongKita

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply