Arahan kosongkan asrama dibatalkan

0

Berhubung arahan mengosongkan asrama oleh pihak universiti, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (30 Mei 2020) mengesahkan perkara berkenaan telah dibatalkan.

Ini adalah kerana pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali melibatkan kes kecemasan dan suami isteri yang terpisah sahaja.

“Selain dari itu memang tidak dibenarkan termasuklah untuk ke kampus meskipun pihak universiti mengeluarkan arahan perlu mengosongkan barangan di asrama atau penginapan di universiti.

“Kami telah mendapat makluman daripada pihak kementerian yang mana arahan untuk mengosongkan barangan para pelajar di asrama telah dibatalkan,” ujar beliau.

Oleh itu, penuntut universiti tidak perlu pulang ke kampus untuk membawa pulang barang-barang kerana pergerakan merentas negeri masih tidak dibenarkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply