Arab Saudi hantar tiga kapal terbang penuh dengan bantuan peralatan perubatan untuk Malaysia

0

Baru lima hari lalu Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan Covid-19 dihantar ke Malaysia, semalam ia telah tiba di tanah air menerusi dua buah pesawat manakala sebuah lagi akan tiba hari ini.

Demikian kata Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

Tambahnya tiga pesawat Saudia Airlines dihantar Kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan berkenaan.

“InsyaAllah, tengahari nanti saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua”, katanya dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

–THE MALAYA POST

Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply