Arab Saudi benar individu lengkap vaksin tak pakai pelitup muka di tempat awam

0

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam.

Bagaimanapun menurut Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, arahan itu tidak terpakai di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Ini kerana semua pengunjung masih wajib memakai pelitup muka, lapor Arab News.

Selain itu, kelonggaran turut diberikan apabila penjarakan fizikal bukan lagi satu kewajipan semasa majlis sosial termasuk semasa berada di dalam pengangkutan awam, restoran dan pawagam.

Dewan perkahwinan turut dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh.

Langkah pencegahan masih dikekalkan di beberapa tempat seperti semakan suhu dan status kesihatan menerusi aplikasi Tawakkalna.

Sektor awam dan swasta masih perlu menyediakan pencuci tangan kepada pengunjung.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply