Apple lancar iPad baharu dengan harga mampu milik

0

Apple melancarkan dua iPad baharu tahun 2020 keluarannya iaitu, iPad Air dan iPad 8th generation (generasi kelapan) di majlis perasmian khas di Cupertino, Amerika Syarikat.

iPad Air yang baharu dilengkapi dengan paparan skrin Liquid Retina bersaiz 10.9 inci yang lebih besar, peningkatan kamera dan audio, sensor ‘Touch ID’ bersepadu pada butang atas, dan A14 Bionic lebih pantas untuk prestasi yang lebih baik.

Sementara itu, iPad 8th generation pula dilengkapi dengan cip A12 Bionic yang membawa Neural Engine ke iPad masuk untuk pertama kalinya.

Menariknya, iPad Air baharu akan mula berada di pasaran padan bulan Oktober hadapan dengan tawaran harga serendah RM2,599 untuk penggunaan WiFi sahaja, manakala RM3,149 bagi WiFi dan selular.

iPad generasi ke-8 dijual pada harga RM1,449 untuk model Wi-Fi serta RM1,999 untuk model Wi-Fi dan selular.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply