Apple diramalkan akan lancar IPhone 12 dan iPhone 12 Pro pada tahun 2020, dengan penampilan dua saiz baharu dan menyokong rangkaian 5G

0

Lazimnya, Apple akan melancarkan keluaran generasi terbaharu iPhone pada setiap bulan September.

Diramalkan, iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan dilancarkan pada tahun 2020 dengan skrin yang lebih inovatif.

Menurut Bloomberg, Kuo dan beberapa laporan lain mengatakan generasi IPhone akan datang dijangka akan memberi sokongan terhadap rangkaian 5G bersama kamera 3-D baru, dan saiz skrin yang dikemas kini untuk model Pro.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, IPhone terbaru akan muncul bersama kamera 3-D baru yang dapat mengimbas persekitaran pengguna dengan menggunakan laser.

Ia adalah sensor yang sama yang dijangka muncul pada Apple iPad Pro terbaharu pada tahun 2020.

Dijangka pada tahun hadapan, iPhone akan memberi sokongan untuk rangkaian 5G, selepas Android seperti Samsung telah melancarkan telefon yang memberi sokongan rangkaian 5G pada tahun 2019.

Apple juga boleh melaksanakan semula reka bentuk terbaru iPhone sejak iPhone X dilancarkan pada 2017.

Seperti kedua-dua laporan Kuo dan Korea News melalui ET News menyatakan iPhone terbaharu akan hadir dengan saiz skrin baru iaitu 5.4 inci, 6.1 inci, dan 6.7 inci, tidak seperti iPhone 11 Pro Max bersaiz (6.5 inci), iPhone 11 Pro (5.8 inci) dan iPhone 11 (6.1 inci).

Leave a Reply