Apple bakal perkenal iPhone 12 tahun ini

0

Syarikat teknologi multinasional Amerika, Apple dikhabarkan akan memperkenalkan iPhone 12 pada September tahun ini.

Apple dijangka akan mengeluarkan tiga model yang diberi nama iPhone 12 dan iPhone 12 Pro.

Ini termasuk dua saiz berasingan dari iPhone 12 masing-masing dengan skrin 5.4 inci dan 6.1 inci dengan dilengkapi kamera dua lensa.

Manakala iPhone 12 Pro mempunyai paparan skrin 6.7 inci lebih besar berbanding iPhone 12 dengan kamera belakang tiga lensa 3D.

Semua iPhone pada tahun 2020 dijangka memaparkan paparan OLED tanpa mengira harga.

2020 akan menjadi tahun pertama bagi Apple memperkenalkan sokongan 5G dalam iPhone yang membolehkan peranti baru menyambung kepada rangkaian 5G yang lebih pantas daripada rangkaian 4G LTE.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply