Aplikasi WhatsApp henti sokongan peranti lama sebagai langkah keselamatan

0

Perkhidmatan aplikasi Whatsapp bagi pengguna telefon pintar versi lama dijangka bakal dihentikan tidak lama lagi.

Menerusi kenyataan FAQs, WhatsApp akan menghentikan sokongan untuk sistem operasi bagi Android dan Apple, iOs mulai 1 Februari 2020.

Bagi pengguna yang menggunakan model dan telefon Android versi 2.3.7 kebawah serta iPhone dengan versi iOS 8 dan kebawah, Whatsapp tidak lagi boleh digunakan selepas daripada tarikh yang dinyatakan.

Malah mereka juga tidak lagi boleh mendaftar akaun baru atau mengesahkan semula akaun yang sedia ada.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa pemberhentian operasi sokongan WhatsApp kepada peranti lama yang menggunakan versi sistem operasi terdahulu adalah sebagai langkah keselamatan.

Sehubungan itu, pihak WhatsApp mencadangkan kepada pengguna untuk mendapatkan versi terbaru sistem operasi mereka supaya tidak mengalami sebarang masalah yang bakal timbul.

Syarikat milik Facebook memaklumkan pihaknya akan menyediakan sokongan dan mengesyorkan pengguna untuk menggunakan peranti Android versi OS 4.0.3+, iPhone versi iOS 9+ dan telefon terpilih yang menggunakan KaiOS 2.5.1+ termasuk JioPhone dan JioPhone 2.

Leave a Reply