Apakah maksud kontak rapat? Jom baca

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering kali menggunakan istilah ‘kontak rapat’ didalam kenyataan mengenai kes COVID-19.

Namun tahukah anda, siapakah yang dimaksudkan dengan kontak rapat berkenaan?

KKM menjelaskan bahawa kontak rapat adalah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Atau lebih tepat dikatakan mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan satu meter dengan kes yang telah disahkan positif seperti anggota kesihatan yang merawat kes itu dan anggota keluarga yang tinggal serumah.

Sekiranya anda bergejala seperti demam, batuk, bersin dan sesak nafas atau mempunyai kontak dengan pesakit positif COVID-19, pegawai perubatan akan menghubungi anda untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19.

Manakala individu di kalangan kes yang disyaki “Patient Under Investigation” (PUI) dan belum disahkan ujian makmal tidak dikira sebagai kontak rapat dan tidak perlu diambil sampel untuk ujian pengesanan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply