Apakah kesan jangkitan COVID-19 terhadap wanita hamil?

0

Kajian awal yang terhad tidak menunjukkan wanita hamil lebih berisiko dijangkiti berbanding individu umum lain.

Simptom yang dialami adalah sama seperti individu lain yang dijangkiti seperti selsema, demam dan lain-lain.

Sehingga kini, belum ada kes kematian COVID-19 yang melibatkan wanita hamil.

Apakah kesan jangkitan COVID-19 terhadap bayi di dalam kandungan?

COVID-19 adalah virus baru, kaitan jangkitannya terhadap bayi dalam kandungan masih terhad.

Namun, tiada bukti yang menunjukkan jangkitan COVID-19 meningkatkan risiko keguguran dan risiko jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.

Oleh yang demikian, kebarangkalian jangkitan mengakibatkan kecacatan dan kesan buruk kepada bayi adalah rendah. Segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami gejala tidak sihat

Apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19?

✔️ Utamakan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan, kurangkan menyentuh permukaan.

✔️ Kurangkan aktiviti di luar rumah tanpa keperluan.

✔️ Elakkan bersentuhan dengan orang ramai iaitu jarakkan satu meter dan elakkan bersalaman.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply