Anzalna bertemu Aishwarya Rai di Paris Fashion Week

0

“Terlupa pula nak pakai 7 inch heels! Aishwarya Bachchan with Anzalna Belacan”.

Status gurauan yang dikemaskini oleh Anzalna di laman Instagram telah mencuit hati warganet.

Pelakon cantik Anzalna Nasir berkongsi sekeping gambarnya bersama pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan ketika mereka menghadiri pertunjukkan di Paris Fashion Week.

Suasana pertunjukkan di Kota Paris itu nyata meriah dengan kehadiran para selebriti dan model dari seluruh negara.

“Tahun lepas Paris Fashion Week bertempat di  Seine River dan tahun ini di sekitar Iconic Monnaie de Paris. Ia persembahan yang sangat hebat! Meremang bulu roma!  Terima kasih L’oreal kerana menjemput saya lagi tahun ini”, tulisnya lanjut di Instagramnya.

Selaku duta L’oreal Paris, Anzalna berada di Paris, Perancis sejak seminggu yang lalu.

Keberangkatannya ke Paris turut ditemani suaminya, Hanif Zaki dan anak sulungnya, Mohamad Eidress.

Leave a Reply