Anzalna anjur sambutan ulangtahun perkahwinan dan majlis Aqiqah serentak

0

Majlis Aqiqah dan majlis ulang tahun perkahwinan tahun keempat pasangan Anzalna dan Hanif Zaki berlangsung dengan penuh meriah bak hari persandingan.

Anzalna telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019, setelah tiga tahun mendirikan rumahtangga.

Beberapa hari sebelum majlis, Anzalna berkongsi video pendek yang memaparkan busana berkenaan dan bergurau dengan para peminatnya, siapakah yang bakal memakai busana itu.

Anzalna dan suami yang memakai persalinan berwarna nude keemasan tak ubah seperti pasangan pengantin yang baharu berkahwin ketika melalui karpet merah menuju ke pelamin yang tersergam indah.

Turut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan juga tidak ketinggalan anak-anak yatim dari Raudhatul AlFaeez dan Maahad Tahfiz Al Hijrah.

Menurut Anzalna mereka adalah adik-adik yang tidak pernah dilupakan malahan akan sentiasa ada setiap kali keluarganya membuat apa sahaja majlis.

Para peminat memuji kecantikan Anzalna meskipun sudah mempunyai anak, tidak kurang juga yang memuji busana dan kecomelan anak Anzalna, Eidrees.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply