‘Anwar Ibrahim yang perlu berundur, bukan Muhyiddin Yasin’ – Saiful Bukhari

0

Bekas Pembantu Peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan, menyelar tindakan Ketua Pembangkang itu yang mencadangkan wakil kerajaan lain dipilih untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan bukannya Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Saiful Bukhari, berkata sudah tiba masanya Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur sebagai Ketua Pembangkang dan melantik muka baru menerajui Pakatan Harapan.

“Tan Sri Muhyiddin seorang ahli politik berjiwa besar, dengan pengalaman lebih 40 tahun, beliau langsung tidak mementingkan kedudukannya sebagai PM ketika itu, tindakannya meletak jawatan sebagai PM tanpa sebarang pergaduhan, memohon ahli-ahli parlimen PN sokong Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, bukti beliau seorang ahli politik yang sangat matang dan bijaksana.

“Pada hemat saya ketua pembangkang ini yang patut di tukar dan bukan Tan Sri Muhyuddin. PH harus lantik muka baru yang lebih convincing, formidable & marketable. Berpuluh tahun gagal jadi Perdana Menteri, adakah PH sanggup memperjudikan masa depan parti kerana Anwar? Atau adakah itu sahajalah perjuangan PH”, katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Menurut Saiful, Pakatan Harapan harus menerima hakikat bahawa Datuk Seri Anwar telah berhadapan dengan kegagalan untuk menduduki tampuk PM sebanyak enam kali sejak 1999 hingga kini.

“Dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana 13 tahun lebih junior pun kalah, gagal dapat majoriti dalam pemilihan PM”, katanya.
Turut disenaraikan usaha gagal Datuk Seri Anwar yang cuba menjadi PM dari tahun 1999 hingga kini.

“Usahanya dari 1999 Anwar Ibrahim lawan Tun Dr Mahathir, beliau gagal jadi PM, 2008 Anwar Ibrahim vs Tun Abdullah juga gagal, 2013 Anwar Ibrahim vs DS Najib Razak turut gagal, 2020 Anwar Ibrahim vs Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, gagal lagi dan pada 2021 Anwar Ibrahim vs Datuk Seri Ismail Sabri, Anwar Ibrahim gagal juga capai cita-cita peribadinya sebagai PM. Oleh itu kepada pimpinan PH, angkatlah pemimpin baru sebagai ketua pembangkang”, katanya.

Ketika ditanya mengapa Tan Sri Muhyiddin adalah calon paling layak mengemudi MPN, ini jawab beliau.

“Tan Sri Muhyiddin telah melaksana agenda pemulihan negara dengan cemerlang sejak dari awal lagi kita berdepan krisis kesihatan dan ekonomi. Kini, kejayaan demi kejayaan telah kelihatan. Antaranya kenyataan program vaksinasi, peningkatan pelaburan dan pembukaan sektor-sektor ekonomi. Perdana Menteri bertindak bijak apabila melantik Tan Sri Muhyiddin untuk terus mengemudi Majlis Pemulihan Negara.”

Semalam di dewan rakyat ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan wakil kerajaan lain dipilih untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN), bukannya Muhyiddin Yassin kerana majlis itu di bawah pimpinannya sebelum ini tidak menampakkan hasil positif dengan jangkitan Covid-19 mencecah puluhan ribu kes setiap hari.
Beliau menjawab pertanyaan Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) mengenai pandangannya berhubung pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN ketika menjadi perdana menteri dan selepas meletakkan jawatan itu, adakah ia lebih baik dalam memulihkan negara kerana di bawah pimpinannya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal melakukannya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply