Anwar Ibrahim gesa semua pihak dalam PH hormati konsensus yang telah dicapai

0

Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membicarakan perihal peralihan kuasa secara terbuka.

Beliau juga meminta semua pihak menghormati konsensus yang telah disepakati pada Januari 2018.

Tambahnya, beliau telah memberi jaminan untuk menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ikhtiar mengemudi negara terutama mengukuhkan ekonomi.

Menurutnya lagi, PH dan juga Tun Dr. Mahathir telah berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses transisi seperti yang dipersetujui.

Anwar Ibrahim juga meminta semua pihak menghormati keputusan terbabit agar ianya berlaku secara aman dan teratur.
– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply