Anwar dakwa Menteri KDN sibuk memancing Ahli Parlimen, tidak hirau isu COVID-19

0

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Menteri Dalam Negeri sibuk memujuk ahli parlimen parti beliau daripada melaksana tugas menangani isu COVID-19 dan keselamatan negara.

Perkata itu dinyatakan dalam temubual eksklusif bersama CNBC hari ini.

 

” Kita ada pemimpin, Menteri, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang sepatutnya melihat pada isu virus dan keselamatan, sebaliknya cuba menarik perhatian orang, memanggil ahli Parlimen parti kami, memujuk mereka, menjanjikan mereka pelbagai ganjaran untuk sertai mereka” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada CNBC.

Untuk rekod, Menteri Dalam Negeri yang baru di lantik dalam kabinet Kerajaan Perikatan Nasional adalah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Temuramah yang disiar secara langsung di seluruh dunia itu turut menyentuh mengenai pandangan pembangkang tentang cara kerajaan kendali isu COVID-19, implikasi ekonomi, isu politik semasa, masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan padangan beliau tentang Tun Dr Mahathir Mohamad. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply