Annuar Musa sahkan Zahid Hamidi beri sokongan bertulis kepada Anwar Ibrahim

0

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat akuan bertulis menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tahu semua kali, dan surat ini sudah saya semak dengan banyak pihak dan surat ini tulen.

“Dalam surat ini, antara perkara-perkara yang disebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar Perdana Menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Cuma sebelum pada ini kita tak bincang, Majlis Tertinggi pun tak bincang, atas dasar antara dua mudarat, yang mana mudarat lebih besar kita elakkan,” jelas beliau di majlis sidang media sebentar tadi.

Menurutnya, antara perkara yang dinyatakan ini adalah perkara paling utama perbezaan pendapat di antara beliau dengan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menyandang jawatan Presiden Barisan Nasional (BN).

“Tapi oleh kerana ini adalah perkara paling utama perbezaan pendapat saya dengan Pengerusi BN saya terpaksa berterus terang kalau tidak ahli-ahli di bawah tidak faham, tidak tahu.

Jelas beliau lagi, sokongan bertulis itu juga bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong

“Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN dan surat itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan diambil Pengerusi BN itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik,” ujar beliau.

Terdahulu, Tan Sri Annuar Musa digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional (MN) berkuatkuasa jam 12 tengahari semalam dan tempat beliau digantikan Dato’ Ahmad Maslan serta merta (5 Januari).

Dilaporkan, pemecatan ini dilakukan ekoran Annuar Musa dilihat lebih cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) ketika sentimen berbeza dalam UMN0.

Hari ini, Ahli Parlimen Ketereh mengadakan sidang media bagi menjawab semua isu berkaitan pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung BN yang hanya diketahuinya melalui laporan media.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply