Annuar Musa nafi nikah penyanyi Nora

0

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa hari ini menafikan khabar angin kononnya beliau bernikah dengan penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, 48, atau Nora.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin sehingga turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.

“MasyaAllah, saya beristigfar sahajalah. Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi kalau libatkan orang lain, kena jaga nama baik orang lain.

“Setahu saya orang yang disebut itu daripada keluarga yang cukup terhormat. Saya kenal latar belakang mereka sepenuhnya, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain, apa pun saya doakan, mudah-mudahan semua orang ambil iktibar kurangkan perkara mungkar tambahkan perkara kebajikan”, katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, setakat ini beliau tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut sebaliknya berdoa agar pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan bermuhasabah.

Rabu lalu tular di Twitter kononnya Tan Sri Annuar, 65 dan Datuk Nora sudah bernikah sebagai isteri kedua.

Terdahulu tuan punya badan Datuk Nora menafikan desas-desus beliau berkahwin dengan Tan Sri Annuar dan menganggap kekecohan yang tercetus dalam media sosial sebagai gurauan.

Beliau juga menegaskan dirinya masih solo hingga ke hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply