Apabila seekor anjing menjadi ‘bodyguard’ tuannya, masih ada yang berani nak ragut???

0

“Ada BERANI RAGUT Kaaa???? 🤜🤜🤜” tulis Nahur Bhai, di platform  media sosial Facebooknya.

Video yang berdurasi 0.24 saat itu kini tular di semua platfom media sosial.

Video terbabit menunjukkan seekor anjing baka Rottweiler menggonggong tali sebuah beg tangan kepunyaan tuannya.

Kejadian yang berlaku di hadapan pusat membeli belah Bukit Bintang, jelas kelihatan anjing berkenaan mengekori seorang wanita di hadapannya dan mungkin wanita itu merupakan  tuan punya beg tangan dan anjing berkenaan.

Jelas tiada siapa yang berani untuk meragut beg tangan itu kerana ia berada bersama ‘bodyguard’ yang garang.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220486007250348&id=1537321662&sfnsn=mo&d=n&vh=i

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu membiarkan anjing terbabit membawa beg tangannya kerana haiwan itu kelihatan seperti menahan kesakitan sewaktu berjalan.

Ada juga yang mengatakan tindakan itu merupakan satu penderaan terhadap haiwan peliharaan.


Video tersebut kini sudah mendapat lebih 3000 perkongsian di laman Facebook dan lebih 120,000 jumlah tontonan.

Leave a Reply