Angkasawan rakam imej KL dari ISS

0

Seorang angkasawan Perancis bernama Thomas Pesquet berkongsi foto pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang telah dirakam beliau baru-baru ini.

Foto itu itu dirakamkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada waktu malam dan ia adalah gambar kolaj bandar pertama beliau.

“Gambar kolaj bandar pertama saya pada waktu malam. Kuala Lumpur merupakan bandar terbesar di Malaysia. Proses pemetaan foto pada waktu malam lebih sukar berbanding pada waktu siang.

“Kelajuan ‘shutter’ perlu lebih perlahan berikutan kadar pencahayaan yang rendah tetapi gambar harus diambil dalam urutan yang sangat pantas semasa menggerakkan kamera.

“Ia bahkan lebih sukar untuk menstabilkan pegangan kamera tanpa berat badan (kerana tiada graviti). Hasilnya selalu agak kurang jelas berbanding hari ini,” tulisnya.

Hantaran angkasawan berkenaan dimuat naik di laman Facebook France in Malaysia dan turut dikongsi media sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) semalam.

“KL (Kuala Lumpur) anda begitu indah dari atas sana,” tulis pengendali laman Facebook tersebut.

ISS merupakan sebuah kapal angkasa besar yang berada di orbit rendah bumi pada ketinggian 408 kilometer dan ia mengelilingi bumi setiap 90 minit serta membuat 16 pusingan setiap hari.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply