Anggun kesal tindakan orang ramai ber’selfie’ di kubur bekas Presiden, BJ Habibie

0

Penyanyi popular Indonesia yang kini telah berhijrah ke Perancis, Anggun Cipta Sasmi menzahirkan rasa kesal dan sedih di atas tindakan tetamu yang berswafoto di depan makam bekas Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie).

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Mimpi’, sikap sebegini tidak harus berlaku dan masyarakat harus menilai terlebih dahulu keadaan sebelum melakukan sesuatu bagi menghormati majlis dan keluarga tokoh politik berkenaan.

Netizen dan beberapa selebriti turut memberi komen tentang isu berkenaan dan bersetuju dengan luahan Anggun di laman Instagramnya.

Terdahulu dilaporkan bekas Presiden ke-3 Indonesia BJ Habibie yang berusia 83 tahun meninggal dunia di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Leave a Reply