Anggota Red Velvet’s, Wendy alami kecederaan yang teruk akibat terjatuh semasa melakukan latihan rancangan TV

0

Anggota Red Velvet’s, Wendy kini semakin pulih selepas sebulan terlibat dalam kemalangan.

Terdahulu, bintang K-Pop ini dilaporkan terjatuh setinggi 2.5 meter semasa melakukan latihan bagi rancangan televisyen ‘SBS Gayo Daejeon’.

Berikutan insiden itu, Wendy mengalami kecederaan yang teruk di muka, pelvis dan pergelangan tangan.

Menurut laporan pada 23 Januari yang lalu, Wendy masih menerima rawatan di hospital dan dijangka memerlukan tempoh pemulihan yang panjang. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply