Anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

0

Di Sibu Sarawak, seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu, petang semalam.

Lapor Utusan Borneo Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa iaitu Norhalim Tumiran, 25 tahun bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

“Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah,” katanya.

Laporan mengenai kejadian diterima sekitar pukul 7:00 malam.

Menurut ACP Stanley, tempat kejadian merupakan rumah sewa lima rakannya, manakala dia tinggal di rumah transit di IPD Sibu.

Mangsa berasal dari Pahang baharu sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah IPD berkenaan.

“Sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa,” jelas ACP Stanley.

Kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Konstabel berkenaan meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia setahun.

Al Fatihah 🙏 Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply