Anggota kabinet bermesyuarat dalam suasana norma baharu

0

Mesyuarat Jemaah Menteri berlangsung dalam suasana ‘norma baharu’ apabila kedudukan di antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar.

Melalui perkongsian di laman Facebook rasmi Perdana Menteri, beliau menyatakan langkah ini bertujuan mengekalkan penjarakan fizikal bagi mewujudkan jarak pemisah antara ahli mesyuarat dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Mesyuarat hari ini juga kali pertama semua ahli Jemaah Menteri dapat berkumpul dan bermesyuarat secara bersemuka di dalam bilik mesyuarat yang sama.

“Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan mengekalkan jarak fizikal, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini dilangsungkan di tiga lokasi berbeza di  Bangunan Perdana Putra,” kongsi beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply