Anggota Bomba terima bantuan MyBeras

0

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyampaikan sumbangan bantuan MyBeras kepada anggota bomba di Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Menerusi platform media sosial Facebook, telah dikongsikan rakaman kedatangan beliau ke upacara terbabit pagi tadi.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Bin Che Ngah dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Nordin Bin Fauzi.

Majlis dimulakan dengan barisan ahli bomba menyambut ketibaan Menteri Wilayah Persekutuan dan beliau sempat beramah mesra dengan kakitangan sebelum menandatangani buku lawatan.

Untuk rekod, programĀ MyBeras@Wilayah adalah inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah cakna kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.

Program ini bertujuan meringankan beban warga Wilayah Persekutuan terdiri daripada golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas pendapatannya akibat COVID-19.

#wilayahcakna
#wilayahprihatin
#tsam

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply