Anda mempunyai masalah lingkaran hitam bawah mata? Anda perlu tahu sebabnya dan cuba tips mudah ini

0

Hampir semua orang mengalami masalah “dark circles” atau lingkaran hitam bawah mata.

Masalah ini menjadi kebimbangan terhadap kaum wanita secara khususnya.

Lingkaran hitam bawah mata boleh membuatkan mata kelihatan tidak bermaya atau lesu dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Penting untuk anda mengetahui beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya :

**Keletihan yang melampau atau kurang waktu tidur

**Penuaan

**Mengalami tekanan atau ketegangan mata akibat menatap skrin bercahaya terlalu lama

**Alergik

**Dehidrasi atau mengalami mata yang kering

**Pendedahan cahaya matahari

**Faktor keturunan

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana dark circles boleh dirawat bergantung kepada tahap yang anda alami.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu anda merawat masalah ini di rumah tanpa perlu membelanjakan kos yang tinggi, seperti :

**Tekapkan ketulan ais yang dibalut tuala di bawah mata selama 20 minit

**Pastikan mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari

**Rendam uncang tea ke dalam air panas selama 5 minit dan biarkan ianya sejuk di dalam peti selama 15 minit dan selepas itu letakkan di bahagian mata selama 20minit dan bilas!

**Perah jus lemon pada kapas muka kemudian letakkan kapas tersebut di bawah mata selama 10 minit

**Sapu minyak kelapa di kawasan dark circle dan mulakan urutan di bawah mata, lakukan dua kali sehari bagi mendapatkan kesan yang cepat!

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply