Anda mempunyai anak kecil? Ayuh ikuti panduan keselamatan anak kecil ketika berada di dalam kenderaan

0

Keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan ketika berada di jalan raya.

Kajian menyatakan penggunaan tempat duduk kanak-kanak serta memasangnya dengan betul boleh mengurangkan risiko kecederaan maut sehingga 70 peratus.

Fakta ini jelas menunjukkan pentingnya kesedaran pada semua ibu bapa agar mula menitikberatkan penggunaan tempat duduk bayi dan kanak-kanak di dalam kereta bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Semua kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun adalah lebih selamat jika duduk di tempat duduk belakang dan memakai tali pinggang keledar atau menggunakan tempat duduk kanak-kanak dengan betul.

Ikutilah panduan keselamatan penumpang kanak-kanak yang telah disediakan.

1) Pastikan anak anda sentiasa memakai tali pinggang keledar meskipun untuk jarak perjalanan yang dekat

2) Pasang tempat duduk kanak-kanak dan tempat duduk sokongan dengan betul

3) Pilih tempat duduk kanak-kanak yang diluluskan oleh UNECE berdasarkan umur dan berat anak anda

4) Jangan letakkan tempat duduk kanak-kanak menghadap ke belakang di tempat duduk penumpang hadapan atau di hadapan beg udara

5) Jangan letakkan anak anda di
atas riba

6) Jangan berkongsi tali pinggang
keledar dengan anak anda

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply