Anak terjatuh dari dalam kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya, penjaga disaran guna ‘child safety lock’ demi lindungi anak kecil

0

Malang tidak berbau. Beringat sebelum terkena. Viral rakaman video kes seorang kanak-kanak terjatuh di atas jalan raya ketika berada dalam kenderaan yang sedang bergerak dipercayai dipandu oleh ayahnya.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook, pemandu kenderaan yang berada di belakang kereta mangsa berjaya merakam kejadian menerusi rakaman ‘dashcam’.

Boleh menarik nafas lega apabila kanak-kanak terbabit sangat bernasib baik kerana pada ketika kejadian, kereta di belakang dipandu perlahan dan berada pada jarak yang agak jauh.

Sempatlah kereta diberhentikan serta mengelak dari terlanggar kanak-kanak berkenaan.

Ahli keluarga juga segera memberhentikan kenderaan untuk mendapatkan anak mereka.

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar buat para ibu-bapa dan penjaga agar sentiasa lebih menitikberat dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta selesa sebelum memulakan perjalanan.

Pastikan pintu kereta ditutup rapat dan langkah paling baik amalkan penggunaan ‘child safety lock’ demi keselamatan ahli keluarga tersayang dan penumpang.

https://www.facebook.com/groups/1350909658414305/permalink/1532600630245206/

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply