Anakanda Sultan Brunei meninggal dunia

0

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan mangkat di kediaman Istana Bandar Seri Begawan tepat jam 10.08 pagi tadi.

Menurut Radio Televisyen Brunei, Almarhum yang berusia 38 tahun dimakamkan selepas solat Asar.

Untuk rekod, Almarhum dilahirkan di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 29 Julai 1982 dan menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.

Putera Azim yang popular di kalangan selebriti Hollywood ini dilaporkan menghidap penyakit yang tidak diketahui sejak sekian lama sehinggalah kemangkatan baginda pada hari ini.

Warga kerja The Malaya Post mengucapkan salam takziah buat keluarga DiRaja Brunei. Al-Fatihah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply