Anak Penyanyi Tomok diundang ke Istana Negara

0

Penyanyi Tomok seakan tidak percaya apabila kedua-dua anaknya, Arrianshah Akud dan Andrashah Iman, mendapat jemputan ke Istana Negara dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Jemputan dinyatakan menerusi laman Tweeter baginda cheminahsayang apabila baginda menonton video kedua-dua anak penyanyi berkenaan menyanyikan lagu Hari Jadi yang ditujukan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang disambut pada 9 September.

Tweet balas yang ditulis ‘cutenya…dari mana ni?’  oleh Raja Permaisuri Agong seterusnya baginda memberitahu ‘Tuanku nak jemput ke Istana’ merupakan perkhabaran yang mengejutkan bagi pasangan Tomok dan isteri.

Penyanyi berkenaan berkongsi perkhabaran gembira itu melalui laman sosial Instagram miliknya dan turut memuatnaik video anak-anaknya menyanyikan lagu Hari Jadi untuk Al- Sultan Abdullah.

Leave a Reply