Anak kecil meninggal dunia kerana kesejukan melampau, kem pelarian Syria perlukan bantuan kelengkapan musim sejuk

0

Saban hari kita membaca berita dan kisah sedih kematian anak-anak kecil Syria yang berdepan cuaca sejuk melampau.

Terkini, anak-anak pelarian Syria di kem Lubnan telah meninggal dunia kerana tewas dalam kedaifan pakaian serta kelengkapan musim sejuk yang dilaporkan semakin teruk melanda di kawasan berkenaan.

Seorang pemuda dikenali Aimpro Samudra bersama anaknya lelakinya, Mohd Aidil, berusia 14 tahun mengambil peluang melakukan kerja-kerja amal dalam misi menghantar bantuan ke Syria.

Aimpro Samudra memandu kereta jenis Perodua Kelisa ke 57 negara dalam menjayakan program Road For Ummah 2019.

Mereka bersama-sama saudara Alfishahrin dan isteri Diana Latief yang terkenal dalam misi menjelajah dunia menggunakan motosikal.

Program amal anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merupakan misi bagi menyampaikan bantuan ke kem pelarian di Lubnan.

Sepanjang perjalanan, mereka juga akan menyalurkan bantuan kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

Perjalanan amal ini bermula dari Kuala Lumpur dan melalui beberapa negara, antaranya Thailand, Myanmar dan India.

Difahamkan, kini mereka berada di Pakistan sebelum ke negara Iran kemudian Turki dan seterusnya ke Syria.

Bagi menjayakan program amal ini, diharap kita semua juga dapat memberi sokongan terhadap misi kemanusiaan pada musim sejuk ‘Rescue Syria’ untuk menghantar bantuan kecemasan kepada pelarian Syria.

Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah melawat website, www.tabungsyria.com.

Anak-anak kecil di Syria mengharapkan bantuan kelengkapan musim sejuk seperti, selimut, makanan dan bekalan ubatan.

Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan perjalanan kumpulan membawa misi kemanusiaan dan menyalurkan dana ke Syria.