Anak jati Terengganu bersama rakan hasilkan lukisan mural wajah pemimpin negara

0

Bakat dan kreativiti anak jati Terengganu yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus pastinya akan membanggakan warga Terengganu dengan hasil seninya yang menarik.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Suhaimi Ali, pemimpin menjadi hebat, bukan kerana kekuatan mereka, tetapi kerana kemampuan mereka untuk memperkasa orang lain.

"Leader become great, Not because of their power,but because of their ability to empower others"Thankyou,Our king and…

Posted by Suhaimi Ali on Sunday, 28 June 2020

Suhaimi yang kini melukis beberapa wajah kesayangan negara iaitu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Turut dilukis juga wajah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersebelahan dengan mural wajah Yang di-Pertuan Agong.

Namun Suhaimi tidak melakukan lukisan mural bersendirian malah ianya mendapat bantuan dua rakannya.

Ketika Suhaimi menyiapkan mural wajah Yang di-Pertuan Agong, dua lagi rakannya Hadi Ramli dan juga Firdaus Nordin yang berasal dari Selangor dan Perlis menyiapkan mural wajah Perdana Menteri dan juga mural wajah Presiden PAS.

Menerusi laman Facebook Suhaimi, dia juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan.

Lukisan mural berkenaan dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Lokasi terbabit pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Hebakk deme boh!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply