Anak bongsu Abby Abadi meninggal dunia

0

Salam takziah buat pelakon Abby Abadi dan suami atas berita permergian anak bongsunya semalam, 7 Disember 2019.

Anak bongsu lelaki yang dikenali dengan nama Baby D telah selamat dikebumikan subuh tadi bertempat di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat.

Dilaporkan segala persiapan jenazah bayi Muhammad Danial Firman diuruskan oleh ahli keluarga yang lain disebabkan Abby dan suami, Faizal Zakaria kini berada di tanah suci bagi menunaikan Umrah.

Perkongsian berita dukacita ini turut disertakan sebuah cebisan video terakhir bayi Danial di Instagram sebelum bintang Gerak Khas ini bertolak ke Kota Mekah.

Terdahulu, baby D dilahirkan secara pra-matang ketika usia kandungan mencecah enam bulan pada 27 September 2019.

Salam takziah buat Abby seluruh keluarga dari kami team The Malaya Post. Al-Fatihah

Leave a Reply