VIDEO: Anak AR Badul mati tertembak oleh rakannya

0

KOTA KINABALU: Anak kepada pelakon lagenda AR Badul disahkan meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Putatan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian berkata, mangsa maut akibat tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan 5 meter semasa acara persembahan tembak di majlis terbabit.

Siasatan polis mengesahkan mangsa, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasi Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya adalah pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.

Leave a Reply